Monday 18 May 2015

Asal Silat: Buah Tak Menjadi?




Asal Silat: Buah Tak Menjadi?: "Aku dah 5 tahun bersilat, tapi bila bergaduh jadi koboi jugak. Buah silat hilang entah kemana" Kata pesilat wakil sekolah kepada rakan seperguruannya. Beliau sudah lengkap pengajiannya sehingga ke bengkung hitam dan menyandang beberapa pingat persembahan silat namun masih gagal mempraktikkan silat dalam situasi sebenar.

Asal Silat: Mengapa Kekuda Silat Rendah?




Asal Silat: Mengapa Kekuda Silat Rendah?: Pernahkah anda terfikir mengapa kebanyakan silat menggunakan kekuda yang rendah? Adakah dalam situasi pertarungan sebenar kekuda ini praktikal digunakan? Tahukah anda kekuda silat sesuai digunakan untuk pertarungan senjata?

TAPAK Seni Bela diri

        Salah satu unsur penting dalam ilmu bela diri atau seni mempertahankan diri dipangil "Tapak". Tapak bermaksud asas, dasar, tempat untuk berdiri, kukuh, stabil, bekas, tanda. Seperti sebuah menara memerlukan tapak yang sangat kukuh lebih tinggi menara maka tapak yang dibina untuk menampung ketinggian menara perlu sepadan atau seimbang dan stabil untuk menampung menara tersebut. Tapak bukan sesuatu yang menarik tidak seperti buah pukul dan kunci. Tapi tapak unsur yang penting untuk buah pukul dan kunci berdiri diatasnya. Jika tapak dipandang remeh ibarat menara yang sangat tinggi tetapi memiliki tapak yang senget atau kecil.

     Tapak dalam ilmu seni bela diri sangat banyak, yang dihuraikan dalam blog ini hanya satu formasi tapak asas sahaja dan berkesan untuk digunakan dalam situasi sebenar semasa berlawan dan mudah untuk disusun. Tapak asas tersebut ialah: